Sunday 2 February 2014

KARNIVAL KARANGKRAF 7-9 FEB

Salam semua,

Ini 1st update untuk tahun 2014. Sorry sangat2 sebab lama biarkan blog ni bersawang. Hanis amat-amat sibuk dengan kerja dari akhir tahun lepas dan dibawak sampai ke awal tahun ni. Apa-apa pun Hanis nak kongsikan foto promo yang Hanis buat sempena KARNIVAL KARANGKRAF yang bakal berlangsung pada 7,8 dan 9 Feb ini. Hanis pun akan ada di sana pada 9 Feb pada jam 2ptg - 4ptg. Jumpa di sana ya!



Thursday 31 October 2013

Sinopsis Novel Berakhir Sebuah Penantian

Salam Semua,

Lama tak update kat blog ni, kan? Sorry ek....sibuk sikit kebelakangan ni. Okey hari ini saya nak kongsikan sinopsis novel pertama saya yang bertajuk BERAKHIR SEBUAH PENANTIAN. Ramai yang bertanya tentang novel ini. Namun sayangnya novel ini serasanya sudah sukar dan mungkin jugak tiada lagi dalam pasaran. Huwaaaa.....terasa nak menangis jap.

Apa-apa pun kisah di dalam novel ini adalah berkisar tentang pencarian Aleeza. Pencarian apa? Haaa...Aleeza mencari susur galur dirinya sendiri. Dia mencari siapa dirinya setelah rahsia kewujudan dirinya terbongkar. Mengetahui dirinya sebagai anak tidak sah taraf sedikit sebanyak merencatkan perjalanan hidupnya. Merenggangkan hubungan cintanya dengan jejak bernama Nazri.

Hanya sinopsis ringkas ini saja yang dapat saya sajikan untuk tatapan u all. Wasalam.



SINOPSIS :

Nostalgia silam sering menghantui hubungan Aleeza dengan Nazri. Malah ia semakin renggang bila sesuatu yang tak disangka mulai mengugat jalinan cinta mereka. Kehadiran Sharifah Farhana dan kemunculan kembali Azman yang satu ketika pernah menaruh perasaan cinta kepada Aleeza. Mereka saling mencemburui antara satu sama lain.

            Disamping itu pencarian Aleeza selama ini semakin menemui penghujungnya. Wanita yang dikenali sewaktu membuat kerja amal rupanya adalah ibu kandung yang di cari selama ini.

            Namun tidak semua penantian itu berakhir dengan kebahagiaan. Sharifah Farhana yang dicemburui rupanya anak kepada ayah kandungnya. Aleeza di ambang persimpangan. Meneruskan hubungannya dengan Nazri bermakna dia mengecewakan hati Sharifah Farhana, adiknya sendiri. Memutuskan hubungannya dengan Nazri, bermakna membunuh hatinya.

            Mampukah Aleeza berterus-terang dengan ibu serta ayah kandungnya akan siapa dirinya yang sebenar kepada mereka? Serta bagaimana jalan penyelesaian yang harus Aleeza ambil demi menjaga hati insan yang disayangi dan dicintai. Mampukah Aleeza mengakhiri penantiannya ini?

Thursday 26 September 2013

Komen Pembaca utk novel Ingat-ingat Lupa

Ini antara komen yang saya dapat untuk novel INGAT-INGAT LUPA. Pada yang belum dapatkan jangan lupa ya.


Monday 16 September 2013

Novel INGAT-INGAT LUPA - Video Teaser


Sempena novel terbaru Hanis yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi (bulan Oktober 2013), Hanis ada membuat 1 video promo untuk memberi gambaran kisah yang tersurat dan tersirat di dalam novel INGAT-INGAT LUPA ini. Harap anda enjoy menontonnya dan...jangan lupa dapatkan novel ini ya. Anda pasti terhibur.



Sunday 15 September 2013

Novel KEMBALI PADAMU - Watak-watak utama



Watak-watak utama dalam Novel Kembali Padamu....

Kalau nak tahu kisah mereka ini dapatkan Novel KEMBALI PADAMU di kedai-kedai buku berhampiran. Kalau tak ada minta dia orang order dengan pihak penerbit (GBK) okey? Kalau nak beli secara online pun boleh, masuk ada laman web Karangkraf Mall (http://mall.karangkraf.com). Belian secara e-book pun ada.

 NORA ADLINE, seorang wanita yang menyesali tindakkannya meninggalkan suami yang dikahwini 4 tahun lalu. Dia kembali ke Malaysia selain untuk menebus dosanya pada suaminya, dia juga perlu menyelesaikan wasiat arwah papanya.



 HADZWAN, lelaki yang menyintai seorang wanita kacukkan dalam diam dan akhirnya wanita itu menjadi isterinya. Dia takut untuk meluahkan rasa cinta itu kerana dia tahu wanita itu tidak pernah menyintai dirinya. Namun cinta untuk si isteri masih utuh dalam hatinya.



 KHAIRUL NIZAM, dia menyintai Nora Adline yang merupakan rakan sekerjanya tanpa mengetahui status sebenar Nora Adline. Dia membawa diri setelah rahsia Nora Adline dan Hadzwan terbongkar. dia kecewa kerana dia berebut wanita yang merupakan isteri kepada adiknya sendiri.



 RIFQY, jejaka kacukkan yang turut menyimpan perasaan pada Nora Adline sedari mereka belajar di London Business School. Namun cintanya tidak berbalas. Nora Adline hanya menganggap dirinya sebaik seorang teman rapat sahaja.



 AZRIE, playboy yang tiada tolok bandingnya. Namun bila hati playboy ini dicuri, semua kenakalannya ditinggalkan terus. kehadiran Nora Adline membuka hatinya untuk memiliki keluarga. Dia menaruh harapan agar penyeri hidupnya adalah Nora Adline biarpun wanita itu ada anak sekalipun. Dia tidak kisah.



 QISTINA, aktiviti liar yang menjadi kegilaannya akhirnya memerangkap dirinya sendiri. Dia kehilangan Riqfy kerana kealpaannya yang masih suka dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Hatinya semakin kecewa bila mengetahui Rifqy mula mendampingi Nora Adline. Makin membuatkan dirinya membenci Nora Adline bila mengetahui abangnya sendiri, Azrie turut menyintai wanita yang sama.



 AIDA NADIAH, telah lama menyimpan perasaan terhadap Hadzwan. Sedari mereka kecil lagi dia sudah berangan untuk berkahwin dengan Hadzwan. Namun pertunangan yang terjalin tidak membawa apa-apa erti. Hadzwan tidak menyintai dirinya. Aida Nadiah kecewa dan seterusnya memutuskan pertunangan yang telah terjalin antara mereka berdua.