Saturday 3 November 2012

Sedutan E-Novel BISIKAN MEMORI

Assalamualaikum semua,

Lama kita tak bertandang kat sini ek....hehehe
Jangan marah ek...Hanis agak kesibukkan sedikit dengan kerja hakiki yang memerlukan perhatian yang lebih beberapa minggu lalu. Okay hari ini Hanis nak kongsikan laman web baru Karangkraf. Laman web ni menghimpunkan semua penerbit di bawah label Karagkraf iaitu ALAF 21 / BUKU PRIMA / KARYA BISTARI. Kalau korang nak baca perkembangan terbaru buku tak kira novel ke, islamik ke, komik ke keluaran karangkraf layarilah laman web ini buku.karangkraf.com

Satu lagi laman web ini menyediakan page ILHAM. haaaa.....page ni memang best. Hanis pun ada menyumbangkan karya terbaru Hanis kat sini. Hanis dah upload dari Prolog sampai Bab 4.

Nak ikuti link kat bawah ni ek....

BISIKAN MEMORI - Prolog
BISIKAN MEMORI - Bab 1
BISIKAN MEMORI - Bab 2
BISIKAN MEMORI - Bab 3
BISIKAN MEMORI - Bab 4

Baca tau. Cerita berkaitan seorang isteri yang hilang ingatan. Insya-ALLAH kalau ada rezeki manuskrip ini akan dibukukan. Korang doakan ek agar manuskrip ini berjaya dibukukan.

Selamat Membaca....Muahhhh......


Thursday 27 September 2012

Aku Dan Kerjaya....

Assalamualaikum,

Hanis stop jap menulis manuskrip bila masa mencari idea tiba-tiba Hanis teringat ada orang pernah bertanya kenapa pilih job sebagai pelukis pelan?. Masa dengar soalan ni Hanis tersengih kejap. Soalan macam ni pun ada jugak ek.

Okay untuk memuaskan hati semua yang bertanya Hanis akan ceritakan kronologi cita-cita Hanis dari hanis kecik sampailah besar panjang ni. Hanis mulakan dari Hanis kecik-kecik dulu. orang kata masa bodoh-bodoh dulu-dululah. Cita-cita Hanis yang mula-mula Hanis nak jadi konduktor bas. Hahaha....kenapa nak jadi konduktor bas? Sebabnya Hanis suka tengok tiket yang dia org bagi bila kita bagi duit. Macam2 warna dan yang paling Hanis suka bila tengok konduktor ketip tiket bas tu. Macam best aje.... :)

Lepas tu masa zaman sekolah kan ad masa cikgu akan tanya kita apa cita-cita kamu bila dah besar. So masa tu macam-macamlah kita orang ni cakap. Tapi mostly Hanis rasa kawan2 Hanis cakap dia orang nak jadi cikgu. Alhamdulillah ada jugak antara kawan Hanis yang menjadi cikgu akhirnya. Tahniah buat dia org. Okay berbalik pada cerita kita, soalan cikgu buat Hanis terkedu kejap tau. Sebabnya secara jujur Hanis tak pernah tanam cita-cita yang tinggi melangit untuk diri sendiri.

Nak Tau sebab apa? Haaa.....Hanis ni dari kecik ada satu penyakit yang tidak sukar diubati. Sakit apa tu?. Haa....penyakitnya tapak kaki Hanis sering dijangkiti ataupun ditumbuhi dengan nanah. Benda tu tumbuh bukannya sikit, tapi penuh tapak kaki ni. Kiranya Hanis sampai tak boleh berjalan. Ialah macam mana nak jalan nak berjingkit pun tak mampu sebab sampai ke jari2 nanah tu tumbuh. So bila penyakit ni datang Hanis biasanya ponteng sekolah. Malu nak pergi sekolah dengan keadaan yang macam tu. Orang tengok pun geli. Jadi disebabkan penyakit ni Hanis tak pernah fokus pada pelajaran. Banyak yang ketinggalan.

Okay kita lupakan soal penyakit tu. Berbalik pd pertanyaan cikgu Hanis tu, akhirnya Hanis cakap Hanis nak jadi polis. Hahaha....gempak tak? Orang kurus keding masa tu ada hati nak jadi polis. Sekali penjenayah jentik melayang satu badan...hehehehe

Tapi cita2 ni kekal jugaklah dalam kepala Hanis for few year. Mungkin sebab Hanis ni jenis yang suka tengok movie penyiasatan. Minat tu kekal sampai sekarang tau. Cuma masa Hanis form 3, cita-cita nak jadi polis tu mula pudar. Sobabnya mata Hanis dah mula rabun. Form 3 lagi Hanis dah pakai cermin mata. Tapi masa tu on off aje pakai. Time sekolah tak pakai. Malu kena gelak nanti. Sebab masa sekolah menengah Hanis ni dalam kategori nakal2 ayam gak. So orang yang pakai cermin mata ni biasanya orang panggil nerd. Tak bestlah gelaran tu kan?....hehehe

Jadinya Hanis pun tukarlah cita2....menjadi pelukis. Tapi bukan pelukis pelan tau. Nak tahu pelukis apa? Haaa.....pelukis jalanan.....kekeke.....pelik tak? Idea ni timbul bila Hanis pernah pergi CM (Central Market) kat situ kan ramai pelukis jalanan. Hanis tengok lukisan dia org memang hebat2 belaka.

Tamat SPM dan dapat result, Alhamdulillah result pun bolehlah cari mkn....hehehe....Hanis apply UiTM dlm jurusan seni lukis seni halus rasanya. Dah tak berapa ingat tajuk jurusan tu. Kenapa Hanis apply jurusan tu sebab Hanis minat melukis. Cikgu Hanis pernah cakap cari kerja yang kita minat. Sebab kerja yang kita lakukan kerana minat akan buat kita happy bekerja. Dalam masa yang sama Along Hanis suruh Hanis isi borang IKM. So nak jaga hati along yang susah payah dapatkan borang tu, Hanis pun isilah. Masa nak isi tu Hanis bacalah kursus yang ditawarkan di IKM. Antaranya lukisan seni bina, lukisan kejuruteraan, lukis mekanikal. Jurusan yang ke2 dan ke3 tu Hanis tahulah apa benda alah kursus tu. Pastinya kursus tu perlukan pengetahuan subjek matematik yang power ranger. Hanis tak pilih kursus tu. Sebabnya Hanis tak suka subjek mth sebenarnya. Hanis agak lembab bab kira mengira ni.

Nak dijadikan cerita Hanis apply aje kursus seni bina. Hentam aje. Sebab dalam hati yakin akan dapat tawaran UiTM nanti....konfident giler kan?

Tunggu punya tunggu Hanis dipanggil temuduga kat UiTM dan IKM. Hanis pergi dua2 sekali. Masa temuduga IKM Hanis terus diterima belajar kat sana. Hanis ditempatkan kat IKM Sg Petani Kedah. UiTM tak terima jawapan lagi. Jadi parrent Hanis suruh pergi IKM dulu. Jadi Hanis pun ikut ajelah.

Yang kelakarnya bila masuk IKM ni barulah tahu lukisan seni bina ni kursus apa. Kira2 kursus ni sama dengan org yang ambil jurusan arkitek kat 'U'. Tapi yg mengerunkan Hanis salah satu subjek dlm kursus ni ialah MATH BANGUNAN....hahaha...terperangkap aku!!!!

Tertekan gaklah masa mula2 study kat IKM. Rasanya lepas sebulan study kat sana baru kami dibenarkan balik ke rumah masing-masing bila hujung minggu. Masa tahun pertama Hanis study kat IKM, keluarga Hanis masih di Lumut. So bolehlah balik hujung minggu. Tak letih sangat. Masa balik tu baru Hanis dapat tahu yang Hanis sudah mendapat tawaran UiTM dan form 6. Termenung gak untuk membuat keputusan. Akhirnya Hanis pilih untuk kekal kat IKM.

Mula2 tu sedih gak dgn keputusan tu. Ialah siapa tak nak belajar kat 'U' betul tak?. Tapi bila fikir2kan balik belajar kat UiTM aku akan pakai duit yang banyak. Sedangkan belajar kat IKM aku dapat duit lagi dari MARA. Siapa nak bagi macam tu aje. So Hanis kekal belajar di IKM sehingga tamat.

Dari IKM lah bermulanya kerjaya Hanis sebagai pelukis pelan. Tapi ikutkan Hanis belajar untuk jadi pelukis pelan bangunan. Tapi sekarang ni Hanis terlibat dalam lukisan yang menjurus lebih kepada telekomunikasi. Mula2 kerja dalam bidang ni pun stress sebabnya Hanis manalah belajar bab2 cable ladder, feeder cable, RF, Los, cabin lah, outdoor lah, IBC, schematic. Merangkak2 Hanis belajar dari rakan sekerja yang lebih senior. Tapi nak seribu daya tak nak seribu dalih. Hanis cekalkan hati untuk terima cabaran baru ni. Sebabnya lepas tamat diploma Hanis menganggur (tanam anggur) jap. Almaklumlah tahun 1998 kan tahun gawat. Tergawat gak Hanis cari kerja.

Habis duit simpanan beli news paper, kertas, sampul surat, setem untuk hantar CV kat syarikat-syarikat arkitek. Dapat panggilan interview. Tapi jawapan dia org menyakitkan telinga aje. 'Kami nak pelukis yang berpengalaman'. Sakit hati tak dengar?. Dalam iklan tulis fresh graduate encourage to apply. Tapi bila kita pergi sebaliknya pulak. Lepas kali kesepuluh interview dan jawapan yang sama Hanis dapat. Hanis pun sound balik 'Next time don't put fresh graduate encourage to apply. Just put I need experience draftmen in the news paper. stupid!!!'.....lepas tu Hanis terus keluar dari bilik interview. Terlopong kejap org kat dalam bilik tu. Baran jugak aku ni ek....hehehe

Akhirnya lepas penat mencari akhirnya Hanis diterima bekerja di FOLEC. Di sini kerjaya Hanis bermula. Itulah kronologi macam mana Hanis akhirnya terlibat dalam bidang yang Hanis ceburi sekarang ini. Dalam post yang lain nanti Hanis akan beritahu macam mana Hanis boleh terlibat dalam dunia penulisan pulak. 

Selamat malam semua....Muah!!!!


Thursday 20 September 2012

2 day MC = 115 e-mail

Assalamualaikum,

 Best tak tajuk cerita hari ini. Hehehe....macam yang Hanis update semalam 2 hari Hanis MC dan hari ini bila masuk office masya-ALLAH terkejut bila bukak e-mail. total e-mail yang perlu dibaca 115 semua. Rasa macam nak demam balik pun ada. Hummmm.....

Tapi korang jangan salah faham. Bukannya staf CAD tak buat kerja. Mereka buat kerja mengikut skop yang Hanis dah berikan. Cuma Hanis perlu teliti semua e-mail dan pastikan kerja mengikut permintaan. So terpaksalah hanis baca satu per satu e-mail dan check samada semua kerja dah selesai atau sebaliknya.

So menjelang jam 6 petang tadi hampir semuanya Hanis dah baca dan ada beberapa job yang masih ding dong lagi. Alhamdulillah dan insya-ALLAH esok boleh selesai. Harap2 okay!.. :)


Sekarang pun dah hampir ke jam 11 malam, so Hanis nak ucapkan selamat semua. Sweet dream... muahhhhh!.....

Tuesday 18 September 2012

Demam....Demam...

Assalamualaikum,

Agak lama Hanis menyepi ya?..Hehehe....2-3 bulan ni Hanis memang menyepi dari upadate blog ni sebab tuntutan kerja. Kadang-kadang aje update FB. Tu pun ada masa mencelah status orang aje. :)
Anyway...Hanis hari ni dah hari ke-2 MC. Hanis demam, selsema, batuk dan sakit tekak. complete set orang kata. Sampaikan suara pun x keluar ni. Dah siap pesan dah geng ofis kalau nak tanya pasal kerja bagi SMS aje. kalau telefon pun x guna. Nak cakap macam mana dengan suara pun x ada. Betul tak?
Okaylah Hanis stop kat sini aje baut masa ni. Nanti Hanis update lagi ya.

Bye....

Saturday 11 August 2012

Ops Sikap....Ops Selamat....

Assalamualaikum semua,

Semalam telah dilancarkan Ops Selamat mengantikan Ops Sikap oleh PDRM sempena Aidilfitri yang akan menjelang beberapa hari lagi. Tak kiralah apa pun nama yang diberikan mahupun kempen yang dilancarkan Hanis harap kita semua bermuhasabahkanlah diri masing-masing.

Setiap dari kita memang berangan untuk pulang ke kampung untuk bersama dengan orang tersayang. Malah persiapan raya pun telah disiapkan awal-awal. Jadi sebelum berangkat pulang ke destinasi masing-masing pastikan keadaan badan kita berada dalam keadaan yang sihat, segar. Bukan saja badan kita, tapi kenderaan yang bakal kita naiki jua perlulah dipastikan keadaannya.

Hanis berharap sangat tahun ini jangan adalah cerita-cerita kemalangan yang mengerikan akan tersiar di kaca TV. Harap-harap dijauhkan. Memang ajal kita tidak dapat menghalang akan kehadirannya. Namun tak salah kalau kita berhati-hati. betul tak?

Kepada yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman, Hanis doakan agar semuanya akan berjalan dengan selamat.

Akhir kata dari Hanis buat semua :

Syawal menjelang tiba,
Kepulangan tak kira dengan kereta mahupun bas,
Tangan dihulur kemaafan di pinta,
Salam Aidilfitri dari Zulfati Hanis.

Friday 20 July 2012

Sehari Bersama Novelis

Asslamualaikum,

Pada 14 Julai 2012 yang lalu Hanis menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penerbit yang semestinya BUKU PRIMA dan GBK. Alhamdulillah banyak pelajaran baru yang Hanis dan rakan penulis perolehi dari aktiviti tersebut.

Di sini Hanis lampirkan gambar-gambar sewaktu kami berada di sana.



Wednesday 18 July 2012

Video Novelis BUKU PRIMA & GBK

Assalamualaikum,

Hari ni masa Hanis check facebook semakin ramai rakan penulis yang mereka cipta video novel masing-masing dan upload kat facebook masing-masing. Alhamdulillah kami semakin advance membuat video berkat pembelajaran sempena program Sehari bersama Novelis yang dianjurkan pihak BUKU PRIMA dan GRUP BUKU KARANGKRAF.

Hanis pun ada menyediakan video berkaitan dengan novel KEMBALI PADAMU, jangan lupa untuk menontonnya ya.Selain video yang Hanis sediakan kat sini pun Hanis ada menyediakan link untuk anda semua menonton video yang disediakan oleh novelis yang lain. Klik di sini untuk menonton :

1. Takdir Fitrah Terindah
2. Novel karya Siti Rozilah
3. Novel karya Kamsiah Abu
4. Novel karya Ramlah Rashid
5. Novel karya Noorfadzillah Omar
6.  Novel karya Nora Fuad Noor Arbaiah

Selepas menonton dan anda teringin untuk mendapatkan novel-novel menarik ini usah risau, novel-novel ini masih ada dipasaran. Kedai buku sekitar anda insya-ALLAH pasti ada stok untuk anda. Namun kalau tiada jangan gusar, anda masih boleh memilikinya dengan pembelian secara online. Klik di sini untuk pembelian secara online :

 1. Mall Karangkraf
2. Lazada

Hanis harap anda akan terhibur dengan novel hasil karya kami novelis tempatan. Selamat malam.




Sunday 15 July 2012

Video Novel Kembali Padamu



Buah tangan buat semua yang meminati novel nukilan Hanis....KEMBALI PADAMU. Jika ada yang belum memilikinya dapatkan di kedai buku MPH, Popular ataupun kedai-kedai buku berhampiran anda. Juga naskah ini boleh dibeli secara online dengan melayari laman mall.karangkraf.com . Terima kasih buat semua.....
Ini adalah buah tangan Hanis yang kedua. Novel yang boleh dikatakan agak santai. Ianya berkisar tentang seorang wanita yang pada mulanya tidak mampu untuk menerima kehadiran seorang suami. Namun kerana kasih pada papa membuatkan dia rela menjadi seorang isteri pada seorang lelaki yang tidak dicintai. Akan lahirkah rasa cinta antara mereka?. Jangan lupa untuk mendapatkan novel KEMBALI PADAMU untuk mengetahui kesudahannya.


Tuesday 10 July 2012

Hari pertama jadi babysitter...

Assalamualaikum,

Hari ini Hanis bercuti dan juga hari esok. sebab apa Hanis cuti?....Ha, jawapannya adalah kerana Hanis jadi babysitter. adik Hanis kena pergi kursus dan suaminya kerja shif malam pulak minggu ni. So tak nak bagi mama Hanis terlalu penat menjaga cucunya, Hanis pun ambil cuti untuk menjaga 2 org anak buah Hanis yang sememangnya terlalu aktif...hehehehe

Tapi yang kelakarnya Haris setiap kali tengok kartun masked rider ataupun transformer asyik suruh Hanis belikan mainan yang dipamerkan dalam  youtube..banyaklah duit nyah ko ni Haris.....hehehe

Yang adiknya pulak asyik dengan kartun bola kampung. Tak pernah jemu tengok cerita yang berulangkali. Itulah gelagat anak-anak buah Hanis yang mencuit hati...selamat malam.


Sunday 8 July 2012

Walaupun seteguk air, sahur pelihara kesihatan

Assalamualaikum,

Memandangkan beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan puasa atau dengan nama lain bulan Ramadhan, Hanis ada teringat artikal yang pernah Hanis baca beberapa tahun lepas. Disini Hanis lampiran artikal itu untuk bacaan semua. 



Walaupun seteguk air, sahur pelihara kesihatan

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: ?Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.? Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ?Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.? (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.


Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : ?Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.?

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: ?Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.? (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: ?Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.?

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: ?Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).
Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

Pesta Floria 2012 Putrajaya

Assalamualaikum,

Hari ni Hanis temankan abah ke Pesta Floria 2012 Putrajaya. MasyaALLAH ramainya manusia kat sana. Ingatkan pergi hari akhir orang tak ramai. Tapi anggapan ku meleset semuanya....hehehe...bawah ni Hanis add beberapa photo utk tatapan termasuk photo abah yang leka bebenor memilih pokok orkid kesukaannya.

Cantik tak bunga ni?.....




Pelbagai jenis orkid...hummm..cantik sangat...



Abah tengah memilik pokok orkid pilihannya.

Semakin leka memilih...hehehe




Saturday 7 July 2012

Assalamualaikum,
Alhamdulillah wujud jua laman blog ni. Apa kata kita mulakan cerita baru dilaman yang nan baru ini. Hanis akan coretkan apa jua yang terlintas difikiran ini insyaALLAH untuk saban hari.

Hari ini Hanis meluangkan masa ke Pesta buku Selangor di SACC. Sambutan orang ramai alhamdulillah. Jua diharapkan ada pengunjung yang membeli naskah novel Kembali Padamu nukilan Hanis. :).... Jalan ceritanya ringkas dan tidak terlalu berat. Amat sesuai untuk bacaan santai.

Hanis stop disini dulu untuk hari ini. Esok insyaALLAH kita bertemu lagi. Selamat malam teman.....