Thursday 31 October 2013

Sinopsis Novel Berakhir Sebuah Penantian

Salam Semua,

Lama tak update kat blog ni, kan? Sorry ek....sibuk sikit kebelakangan ni. Okey hari ini saya nak kongsikan sinopsis novel pertama saya yang bertajuk BERAKHIR SEBUAH PENANTIAN. Ramai yang bertanya tentang novel ini. Namun sayangnya novel ini serasanya sudah sukar dan mungkin jugak tiada lagi dalam pasaran. Huwaaaa.....terasa nak menangis jap.

Apa-apa pun kisah di dalam novel ini adalah berkisar tentang pencarian Aleeza. Pencarian apa? Haaa...Aleeza mencari susur galur dirinya sendiri. Dia mencari siapa dirinya setelah rahsia kewujudan dirinya terbongkar. Mengetahui dirinya sebagai anak tidak sah taraf sedikit sebanyak merencatkan perjalanan hidupnya. Merenggangkan hubungan cintanya dengan jejak bernama Nazri.

Hanya sinopsis ringkas ini saja yang dapat saya sajikan untuk tatapan u all. Wasalam.



SINOPSIS :

Nostalgia silam sering menghantui hubungan Aleeza dengan Nazri. Malah ia semakin renggang bila sesuatu yang tak disangka mulai mengugat jalinan cinta mereka. Kehadiran Sharifah Farhana dan kemunculan kembali Azman yang satu ketika pernah menaruh perasaan cinta kepada Aleeza. Mereka saling mencemburui antara satu sama lain.

            Disamping itu pencarian Aleeza selama ini semakin menemui penghujungnya. Wanita yang dikenali sewaktu membuat kerja amal rupanya adalah ibu kandung yang di cari selama ini.

            Namun tidak semua penantian itu berakhir dengan kebahagiaan. Sharifah Farhana yang dicemburui rupanya anak kepada ayah kandungnya. Aleeza di ambang persimpangan. Meneruskan hubungannya dengan Nazri bermakna dia mengecewakan hati Sharifah Farhana, adiknya sendiri. Memutuskan hubungannya dengan Nazri, bermakna membunuh hatinya.

            Mampukah Aleeza berterus-terang dengan ibu serta ayah kandungnya akan siapa dirinya yang sebenar kepada mereka? Serta bagaimana jalan penyelesaian yang harus Aleeza ambil demi menjaga hati insan yang disayangi dan dicintai. Mampukah Aleeza mengakhiri penantiannya ini?

Thursday 26 September 2013

Komen Pembaca utk novel Ingat-ingat Lupa

Ini antara komen yang saya dapat untuk novel INGAT-INGAT LUPA. Pada yang belum dapatkan jangan lupa ya.


Monday 16 September 2013

Novel INGAT-INGAT LUPA - Video Teaser


Sempena novel terbaru Hanis yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi (bulan Oktober 2013), Hanis ada membuat 1 video promo untuk memberi gambaran kisah yang tersurat dan tersirat di dalam novel INGAT-INGAT LUPA ini. Harap anda enjoy menontonnya dan...jangan lupa dapatkan novel ini ya. Anda pasti terhibur.



Sunday 15 September 2013

Novel KEMBALI PADAMU - Watak-watak utama



Watak-watak utama dalam Novel Kembali Padamu....

Kalau nak tahu kisah mereka ini dapatkan Novel KEMBALI PADAMU di kedai-kedai buku berhampiran. Kalau tak ada minta dia orang order dengan pihak penerbit (GBK) okey? Kalau nak beli secara online pun boleh, masuk ada laman web Karangkraf Mall (http://mall.karangkraf.com). Belian secara e-book pun ada.

 NORA ADLINE, seorang wanita yang menyesali tindakkannya meninggalkan suami yang dikahwini 4 tahun lalu. Dia kembali ke Malaysia selain untuk menebus dosanya pada suaminya, dia juga perlu menyelesaikan wasiat arwah papanya.



 HADZWAN, lelaki yang menyintai seorang wanita kacukkan dalam diam dan akhirnya wanita itu menjadi isterinya. Dia takut untuk meluahkan rasa cinta itu kerana dia tahu wanita itu tidak pernah menyintai dirinya. Namun cinta untuk si isteri masih utuh dalam hatinya.



 KHAIRUL NIZAM, dia menyintai Nora Adline yang merupakan rakan sekerjanya tanpa mengetahui status sebenar Nora Adline. Dia membawa diri setelah rahsia Nora Adline dan Hadzwan terbongkar. dia kecewa kerana dia berebut wanita yang merupakan isteri kepada adiknya sendiri.



 RIFQY, jejaka kacukkan yang turut menyimpan perasaan pada Nora Adline sedari mereka belajar di London Business School. Namun cintanya tidak berbalas. Nora Adline hanya menganggap dirinya sebaik seorang teman rapat sahaja.



 AZRIE, playboy yang tiada tolok bandingnya. Namun bila hati playboy ini dicuri, semua kenakalannya ditinggalkan terus. kehadiran Nora Adline membuka hatinya untuk memiliki keluarga. Dia menaruh harapan agar penyeri hidupnya adalah Nora Adline biarpun wanita itu ada anak sekalipun. Dia tidak kisah.



 QISTINA, aktiviti liar yang menjadi kegilaannya akhirnya memerangkap dirinya sendiri. Dia kehilangan Riqfy kerana kealpaannya yang masih suka dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Hatinya semakin kecewa bila mengetahui Rifqy mula mendampingi Nora Adline. Makin membuatkan dirinya membenci Nora Adline bila mengetahui abangnya sendiri, Azrie turut menyintai wanita yang sama.



 AIDA NADIAH, telah lama menyimpan perasaan terhadap Hadzwan. Sedari mereka kecil lagi dia sudah berangan untuk berkahwin dengan Hadzwan. Namun pertunangan yang terjalin tidak membawa apa-apa erti. Hadzwan tidak menyintai dirinya. Aida Nadiah kecewa dan seterusnya memutuskan pertunangan yang telah terjalin antara mereka berdua.





Tuesday 20 August 2013

Promo Novel2 BUKU PRIMA bulan OKTOBER 2013


DENDAM RATU ULAR membuatkan aku sering INGAT-INGAT LUPA bahwa SEBENARNYA DIA MILIK AKU. Macam kena aje tajuk 3 novel ni kan? Jangan lupa dapatkan novel2 ini Oktober nanti.

Kalau Nak baca beberapa bab novel2 ni, ikut link kat bawah ni okay. Jangan lupa beli tau. Love all.

1. INGAT-INGAT LUPA
2. SEBENARNYA DIA MILIK AKU
3. DENDAM RATU ULAR

Photo: Selamat pagi semua, admin keluarkan cover novel untuk bulan OKTOBER, 2013. Order dengan kedai, agar tidak ketinggalan untuk memilikinya.

Monday 22 July 2013

Novel INGAT-INGAT LUPA - Cover Rasmi

Assalamualaikum & Salam Ramadan Semua,

Hari ni Hanis nak kongsikan cover untuk novel Hanis yang terbaru. Hanis baru aje dapat pagi tadi daripada editor Buku Prima. Sorry lewat sikit Hanis add kat sini. Kat ofis busy sikit hari ini.

So...secara keseluruhan Hanis amat suka dengan cover novel INGAT-INGAT LUPA ini. Nampak ceriakan? Siap ada pen merah dengan biru lagi...hahaha...psst....jangan lupa pulak air kopi umph tu ek. Sedap tau. Kalau teruja tengok cover ni, jangan lupa dapatkan novel ini di pasaran pada bulan OKTOBER ini nanti ya.







Monday 15 July 2013

Novel INGAT-INGAT LUPA - Komen dari Senior Editor BP

Assalamualaikum semua,

Okay malam ni Hanis nak kongsikan sikit komen senior editor Buku Prima tentang novel INGAT-INGAT LUPA yang bakal diterbitkan pada bulan OKTOBER nanti. Alhamdulillah bila Hanis baca komen ni, Hanis rasa lega sangat2. Sekurang-kurangnya komen membina seperti ini menaikkan semangat Hanis untuk terus berkarya.

Pada yang menanti dan teruja untuk memiliki novel INGAT-INGAT LUPA ini, nantikan ya kemunculan novel ini dalam beberapa bulan lagi. Betul apa yang dikupas oleh encik Ali, dalam novel ini ada terselit konflik yang tersembunyi. Begitu juga dendam yang tersirat. Siapa yang berdendam? Anda perlu membaca novel INGAT-INGAT LUPA ini sehingga tamat untuk mengetahui dan merungkai semuanya.



Saturday 13 July 2013

Novel INGAT-INGAT LUPA - Cover Promo Versi Drama

Sementara menunggu waktu berbuka ni Hanis saja-saja mengatal tangan untuk mereka cover promo novel terbaru Hanis yang akan diterbitkan pada bulan Oktober 2013 ini nanti. Huuu...tak lama lagi tu. Nantikan ya kemunculan novel ini dan jangan lupa untuk dapatkannya.

Okay...cover promo ni saja Hanis buat ala-ala drama sikit. Nak berangan kejap...kikikiki

Cover Promo Novel INGAT-INGAT LUPA oleh Zulfati Hanis

Friday 12 July 2013

Novel KEMBALI PADAMU - Prolog

P r o l o g

JAMAL merenung cincin yang bakal disarungkan ke
jari Katijah dalam masa kurang dari seminggu. Gadis
yang menjadi idamannya sejak dari dulu itu bakal
disunting menjadi suri hidupnya tidak lama lagi. Namun
ketika ini hatinya berbelah bahagi. Dia berada dalam
persimpangan antara cintanya pada Katijah ataupun
kasihnya pada sahabat baiknya, Badrul.

Rambut yang sudah tersikat rapi diusap ke belakang
beberapa kali. Kemudian, dia berhenti hampir dengan meja
tulisnya. Sebuah buku dicapai dan kembali duduk di atas
katil bujang. Kerana isi kandungan buku inilah membuatkan
hatinya dalam keadaan gusar.

Isi kandungan buku itu dibaca sekali lagi. Tiba-tiba,
Jamal menutupnya dan mencapai kunci motosikal. Langkah
diatur tanpa memberitahu pada keluarga arah tujuannya.
Sebaik sahaja enjin motosikal miliknya dihidupkan, dia terus
menaiki motosikal itu dan meredah jalan kampung.

Belup! Belup! Kedengaran bunyi batu yang dibaling
ke dalam sungai. Jamal memandang air sungai yang sedikit
berkocak dengan pandangan kosong. Dia sedang menanti
kehadiran seseorang. Perkara yang ingin dibincangkan ini
bakal menentukan arah tuju hidupnya.

Saat terdengar enjin motosikal yang semakin
menghampiri, Jamal menoleh ke belakang. Bila pasti orang
yang dinanti sudah tiba, dia kembali memandang ke sungai.

“Assalamualaikum!”

“Waalaikumussalam.”

“Kenapa nak jumpa aku kat sini?” tanya Badrul hairan
kerana tiba-tiba saja Jamal ingin berjumpa di tepi sungai.
Selalunya mereka akan bertemu di Warong Pak Halim
ataupun di rumahnya. Tapi kali ini tempat pertemuan
mereka agak berlainan.

“Hmm... saja,” jawab Jamal ringkas.

“Kau okey, Mal? Aku tengok kau macam ada masalah
aje,” tanya Badrul menepuk bahu Jamal.

Bimbang juga bila dia melihat wajah murung Jamal.
Jarang benar Jamal bersikap murung seperti ini. Biasanya
Jamal bersikap ceria. Tapi hari ini lain benar sikap Jamal.
“Cuba kau tengok air sungai yang sedang mengalir tu.
Kau akan nampak air tu mengalir tenang atau sebaliknya,”
arah Jamal.

Badrul memandang air sungai kemudian kembali
memandang Jamal.

“Air tu kan mengalir tenang. Kau ni kenapa, Mal? Tanya
soalan pun puitis aje. Hairan aku dengan kau hari ni. Apa
masalah kau sebenarnya?” tanya Barul bimbang.

“Hmm... saat ni hati aku tak tenang, Bad,” jawab Jamal.
Badrul tersenyum.

“Orang yang nak kahwin memang macam ni. Hati
selalu gemuruh. Biasalah tu. Kau janganlah fikirkan sangat,”
ujar Badrul faham keadaan Jamal ketika ini.

Mengikut kata orang tua, pasangan yang akan berkahwin
akan ada perasaan gemuruh bila tarikh perkahwinan
mereka semakin hampir.

Jamal beruntung kerana bakal memiliki Katijah. Gadis
pujaan sebahagian besar pelajar lelaki di sekolah mereka
dulu. Ramai yang cuba untuk memiliki Katijah dan akhirnya
Jamal yang berjaya.

“Bad, kau tak ada calon lagi ke?”
Soalan Jamal itu mengundang tawa Badrul.

“Soalan apa ni, Mal? Biarlah kau lepas dulu. Aku ni baru
aje dapat kerja jadi cikgu. Ekonomi pun masih belum stabil
lagi,” jawab Badrul.
Jawapan Badrul itu hanya dibalas dengan senyuman
sinis Jamal.

“Alasan lapuk,” balas Jamal.

“Kenapa kau cakap macam tu? Apa perkara sebenarnya
yang kau nak bincangkan ni, Mal? Cuba kau cakap betulbetul
dengan aku. Kalau aku boleh tolong, aku akan tolong.
Kau tahukan tu. Aku sanggup buat apa saja untuk kau. Kita
kan kawan baik,” ujar Badrul.

Kelakuan Jamal merisaukan Badrul. Sepanjang
pengenalan mereka, dia tidak pernah melihat Jamal seperti
ini. Pasti saja masalah yang sedang Jamal hadapi sekarang
ini amat membebankan dirinya. Sebagai rakan, dia rasa
perlu untuk membantu. Lebih-lebih lagi dia amat terhutang
budi dengan keluarga Jamal yang telah membelanya setelah
kematian orang tuanya. Jamal sudah dianggap seperti
abangnya sendiri.

“Kenapa kau tak cakap yang kekasih kau kena kebas,
sebab tu kau tak kahwin lagi,” ujar Jamal.

“Apa yang kau cakapkan ni? Merepek ajelah,” ujar
Badrul menolak dakwaan Jamal itu dengan tegas.

Jamal tersenyum lagi. Kenapa kau masih ingin
menafikannya, Bad. Aku dah tahu semuanya. Kau mencintai
Jah. Kau tak perlu korbankan perasaan kau demi budi yang
telah keluarga aku berikan. Kata-kata itu hanya terluah di
hati Jamal.

“Bad, kau rasa Jah tu layak ke dengan aku?” tanya Jamal
bila masing-masing melayan perasaan sendiri.

Berkerut dahi Badrul. Dia merenung wajah Jamal
sebelum memberi jawapan. Hairan benar dia dengan sikap
Jamal pada hari ini.

“Mal, kau dengan Jah memang sepadan dari dulu lagi.
Kat sekolah dulu pun kau orang berdua dah digelar ‘Romeo
and Juliet’. Kenapa kau ni, Mal? Aku tengok lain macam aje.
Takkan kau gabra nak kahwin sampai macam ni sekali?
Jah gadis yang baik, sopan dan tahu hormat orang tua.
Aku yakin Jah dan kau akan hidup bahagia dan dikurniakan
anak yang ramai dan soleh. Janganlah kau fikirkan perkara
yang bukan-bukan. Tak elok. Orang yang nak kahwin ni kena
tenang,” nasihat Badrul panjang lebar.

“Kalau... kalau aku suruh kau ganti tempat aku, kau nak
tak?” soal Jamal.

“Maksud kau?” tanya Badrul meminta kepastian.

“Kau kahwin dengan Jah, boleh?” jawab Jamal ringkas
dan selamba.

“Kau dah gila ke, Mal? Apa yang kau cakap ni?” balas
Badrul dengan nada terkejut.

Tak sangka Jamal memberikan idea yang gila seperti
itu. Entah apa yang telah merasuk fikiran Jamal ketika ini,
dia sendiri tidak pasti. Dia mula bimbang, takut kalau-kalau
Jamal akan melakukan perkara yang bakal mengundang
kekecohan nanti.

Jamal menarik nafas dalam dan menghembusnya
perlahan-lahan. Dia berjalan menghampiri gigi sungai sambil
menyeluk tangan ke dalam kocek seluar.

“Aku sebenarnya rancang nak sambung belajar lagi.
Tapi tiba-tiba pulak keluarga aku nak aku kahwin dengan
Jah dalam masa terdekat ni,” ujar Jamal.

“Lepas kahwin pun kau boleh sambung belajar. Kau
boleh bawak Jah sama. Itu bukan masalah besarlah, Mal.
Perkara kecil macam tu pun kau nak runsing sampai macam
ni,” nasihat Badrul.

Badrul menggeleng-geleng. Dia ingatkan apalah
masalah Jamal. Rupa-rupanya Jamal dalam dilema antara
sambung belajar atau berkahwin dengan Katijah. Padanya,
Jamal benar-benar beruntung kerana dapat menyambung
pengajian dan seterusnya berkahwin dengan gadis paling
cantik di kampung mereka ini.

Terdetik rasa cemburu dengan kelebihan rakan karibnya
ini. Namun dengan pantas dia menginsafi dirinya. Dia tak
sepatutnya bersikap seperti itu. Jamal memang layak untuk
menerima itu semua.

Jamal menoleh ke belakang dan memandang Badrul.
Dia tersenyum kemudian melangkah menghampiri Badrul.
Ditepuk bahu Badrul.

“Kalau aku tak jadi kahwin dengan Jah, aku harap kau
yang akan mengahwininya.”

“Hei, apa yang kau merapu ni, Mal? Aku tak sukalah
kau cakap yang bukan-bukan,” ujar Badrul menarik muka
masam. Dia tidak suka dengan kata-kata Jamal itu.

“Aku cakap kalau aje. Kita hanya boleh merancang tapi
ALLAH yang menentukan semuanya.”

“Aku tahu tu. Tapi aku memang tak suka kau cakap
macam tu tadi. Kau macam meragui Jah aje. Katijah gadis
yang baik, Mal. Bertuah kau dapat dia sebagai isteri. Aku
doakan kau akan hidup bahagia dengan Jah nanti.”

Jamal dan Badrul berpelukan. Jamal tidak mampu untuk
meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya pada Badrul.
Keikhlasan Badrul membuat dia berasa terharu.

http://www.bukuprima.com.my/prodDetails.asp?idpr=443

Novel KEMBALI PADAMU - Sinopsis

Sinopsis
Bukan kehendak Nora Adline menerima Hadzwan hadir dalam hidupnya. Tapi kerana kasih pada papa membuatkan Nora Adline terpaksa. Namun kehadiran Hadzwan tidak mampu diterima oleh hati Nora Adline ketika itu. Malah kematian papa lebih membuatkan mereka terpisah jauh. Namun ketentuan takdir siapa yang tahu. Jika itulah jodoh kita, mana mungkin kita menolaknya. Itulah yang terjadi pada Nora Adline. Setelah berpisah selama beberapa tahun, cinta mulai berputik di hati Nora Adline buat Hadzwan yang masih setia dengan cintanya. Tapi kemunculan Rifqy, Khairul Nizam, Azrie tidak lupa juga Qistina dan Aida Nadiah mengeruhkan kembali cinta yang mula berputik di hati Nora Adline dan Hadzwan. Kekangan daripada keluarga Hadzwan turut membuatkan hati dan perasaan Nora Adline terluka. Mampukah Nora Adline dan Hadzwan mengharungi semua dugaan dan rintangan itu demi menggapai sebuah cinta?

http://www.bukuprima.com.my/prodDetails.asp?idpr=443

Tuesday 2 July 2013

Sinopsis Novel Ingat-ingat Lupa....



 Lama tak menulis kat sini. Okay apa-apa pun Hanis nak update sikit pasal novel terbaru Hanis yang akan keluar tak lama lagi. Cerita kali ini berkisarkan tentang orang yang hilang ingatan. Hummm...menarikkan? Hehehe....Hanis harap semua yang membacanya akan jatuh cinta pada novel terbaru Hanis ini.

Kat post yang baru ini Hanis sertakan sinopsis pendek untuk warm up sikit. Nanti ada kesempatan lagi Hanis upload beberapa bab lagi. Tapi kalau rasa tak sabar tu boleh jugak intai-intai kat laman ILHAM (http://ilham.karangkraf.com/senarai.aspx#.UdOV-dhmNyE). Hanis ada upload cerita Ingat-ingat Lupa tu kat sana. Tapi masa uplod tu Hanis guna nama lama (BISIKAN MEMORI). Sekarang nama barunya INGAT-INGAT LUPA...idea kasar daripada editor. Nanti dah confirm judulnya, Hanis akan war-warkan lagi. Selamat membaca dan jangan LUPA ya... :)

 SINOPSIS :

Umpama anak kecil yang baru belajar bertatih. Mereka seringkali terjatuh bila mula melangkah. Begitu juga dengan Nurul Amira. Dia terpaksa bertatih untuk memulakan hidup barunya akibat daripada tragedi yang meragut semua yang dia miliki.
            Bancuhan air kopi ‘umph’ menemukan Nurul Amira dengan Hasnan, bos yang kacak dan baik hati. Hati Hasnan yang terluka dengan kecurangan tunangnya mulai terubat dengan keperibadian Nurul Amira. Hasnan berusaha untuk memenangi hati Nurul Amira. Berjayakah dia?
            Namun sebaliknya bagi Eziwan, kemunculan Nurul Amira telah membangkitkan kenangannya terhadap Khyrulhydza a.k.a Ekhi. Bayangan Ekhi sering menghantuinya setiapkali dia memandang Nurul Amira. Di mana Ekhi sebenarnya? Benarkah Eziwan sudah jatuh cinta pada Nurul Amira? Atau sebenarnya itu hanyalah mainan perasaannya yang terlalu merindui Ekhi?
            Bukan mudah untuk Nurul Amira bertatih. Dugaan yang datang bertali arus hampir melemaskan dirinya. Melemahkan keimanan dan keyakinannya. Mampukah Nurul Amira mengharunginya?  Berjayakah Eziwan merungkai teka-teki dihatinya? Kecewakah Hasnan jika cintanya tidak bersahut?