Tuesday, 2 July 2013

Sinopsis Novel Ingat-ingat Lupa....



 Lama tak menulis kat sini. Okay apa-apa pun Hanis nak update sikit pasal novel terbaru Hanis yang akan keluar tak lama lagi. Cerita kali ini berkisarkan tentang orang yang hilang ingatan. Hummm...menarikkan? Hehehe....Hanis harap semua yang membacanya akan jatuh cinta pada novel terbaru Hanis ini.

Kat post yang baru ini Hanis sertakan sinopsis pendek untuk warm up sikit. Nanti ada kesempatan lagi Hanis upload beberapa bab lagi. Tapi kalau rasa tak sabar tu boleh jugak intai-intai kat laman ILHAM (http://ilham.karangkraf.com/senarai.aspx#.UdOV-dhmNyE). Hanis ada upload cerita Ingat-ingat Lupa tu kat sana. Tapi masa uplod tu Hanis guna nama lama (BISIKAN MEMORI). Sekarang nama barunya INGAT-INGAT LUPA...idea kasar daripada editor. Nanti dah confirm judulnya, Hanis akan war-warkan lagi. Selamat membaca dan jangan LUPA ya... :)

 SINOPSIS :

Umpama anak kecil yang baru belajar bertatih. Mereka seringkali terjatuh bila mula melangkah. Begitu juga dengan Nurul Amira. Dia terpaksa bertatih untuk memulakan hidup barunya akibat daripada tragedi yang meragut semua yang dia miliki.
            Bancuhan air kopi ‘umph’ menemukan Nurul Amira dengan Hasnan, bos yang kacak dan baik hati. Hati Hasnan yang terluka dengan kecurangan tunangnya mulai terubat dengan keperibadian Nurul Amira. Hasnan berusaha untuk memenangi hati Nurul Amira. Berjayakah dia?
            Namun sebaliknya bagi Eziwan, kemunculan Nurul Amira telah membangkitkan kenangannya terhadap Khyrulhydza a.k.a Ekhi. Bayangan Ekhi sering menghantuinya setiapkali dia memandang Nurul Amira. Di mana Ekhi sebenarnya? Benarkah Eziwan sudah jatuh cinta pada Nurul Amira? Atau sebenarnya itu hanyalah mainan perasaannya yang terlalu merindui Ekhi?
            Bukan mudah untuk Nurul Amira bertatih. Dugaan yang datang bertali arus hampir melemaskan dirinya. Melemahkan keimanan dan keyakinannya. Mampukah Nurul Amira mengharunginya?  Berjayakah Eziwan merungkai teka-teki dihatinya? Kecewakah Hasnan jika cintanya tidak bersahut?

1 comment: