Sinopsis
Bukan kehendak Nora Adline menerima Hadzwan hadir dalam hidupnya.
Tapi kerana kasih pada papa membuatkan Nora Adline terpaksa. Namun
kehadiran Hadzwan tidak mampu diterima oleh hati Nora Adline ketika itu.
Malah kematian papa lebih membuatkan mereka terpisah jauh. Namun
ketentuan takdir siapa yang tahu. Jika itulah jodoh kita, mana mungkin
kita menolaknya. Itulah yang terjadi pada Nora Adline. Setelah berpisah
selama beberapa tahun, cinta mulai berputik di hati Nora Adline buat
Hadzwan yang masih setia dengan cintanya. Tapi kemunculan Rifqy, Khairul
Nizam, Azrie tidak lupa juga Qistina dan Aida Nadiah mengeruhkan
kembali cinta yang mula berputik di hati Nora Adline dan Hadzwan.
Kekangan daripada keluarga Hadzwan turut membuatkan hati dan perasaan
Nora Adline terluka. Mampukah Nora Adline dan Hadzwan mengharungi semua
dugaan dan rintangan itu demi menggapai sebuah cinta?http://www.bukuprima.com.my/prodDetails.asp?idpr=443
No comments:
Post a Comment