Saturday 11 August 2012

Ops Sikap....Ops Selamat....

Assalamualaikum semua,

Semalam telah dilancarkan Ops Selamat mengantikan Ops Sikap oleh PDRM sempena Aidilfitri yang akan menjelang beberapa hari lagi. Tak kiralah apa pun nama yang diberikan mahupun kempen yang dilancarkan Hanis harap kita semua bermuhasabahkanlah diri masing-masing.

Setiap dari kita memang berangan untuk pulang ke kampung untuk bersama dengan orang tersayang. Malah persiapan raya pun telah disiapkan awal-awal. Jadi sebelum berangkat pulang ke destinasi masing-masing pastikan keadaan badan kita berada dalam keadaan yang sihat, segar. Bukan saja badan kita, tapi kenderaan yang bakal kita naiki jua perlulah dipastikan keadaannya.

Hanis berharap sangat tahun ini jangan adalah cerita-cerita kemalangan yang mengerikan akan tersiar di kaca TV. Harap-harap dijauhkan. Memang ajal kita tidak dapat menghalang akan kehadirannya. Namun tak salah kalau kita berhati-hati. betul tak?

Kepada yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman, Hanis doakan agar semuanya akan berjalan dengan selamat.

Akhir kata dari Hanis buat semua :

Syawal menjelang tiba,
Kepulangan tak kira dengan kereta mahupun bas,
Tangan dihulur kemaafan di pinta,
Salam Aidilfitri dari Zulfati Hanis.