Friday 20 July 2012

Sehari Bersama Novelis

Asslamualaikum,

Pada 14 Julai 2012 yang lalu Hanis menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penerbit yang semestinya BUKU PRIMA dan GBK. Alhamdulillah banyak pelajaran baru yang Hanis dan rakan penulis perolehi dari aktiviti tersebut.

Di sini Hanis lampirkan gambar-gambar sewaktu kami berada di sana.



Wednesday 18 July 2012

Video Novelis BUKU PRIMA & GBK

Assalamualaikum,

Hari ni masa Hanis check facebook semakin ramai rakan penulis yang mereka cipta video novel masing-masing dan upload kat facebook masing-masing. Alhamdulillah kami semakin advance membuat video berkat pembelajaran sempena program Sehari bersama Novelis yang dianjurkan pihak BUKU PRIMA dan GRUP BUKU KARANGKRAF.

Hanis pun ada menyediakan video berkaitan dengan novel KEMBALI PADAMU, jangan lupa untuk menontonnya ya.Selain video yang Hanis sediakan kat sini pun Hanis ada menyediakan link untuk anda semua menonton video yang disediakan oleh novelis yang lain. Klik di sini untuk menonton :

1. Takdir Fitrah Terindah
2. Novel karya Siti Rozilah
3. Novel karya Kamsiah Abu
4. Novel karya Ramlah Rashid
5. Novel karya Noorfadzillah Omar
6.  Novel karya Nora Fuad Noor Arbaiah

Selepas menonton dan anda teringin untuk mendapatkan novel-novel menarik ini usah risau, novel-novel ini masih ada dipasaran. Kedai buku sekitar anda insya-ALLAH pasti ada stok untuk anda. Namun kalau tiada jangan gusar, anda masih boleh memilikinya dengan pembelian secara online. Klik di sini untuk pembelian secara online :

 1. Mall Karangkraf
2. Lazada

Hanis harap anda akan terhibur dengan novel hasil karya kami novelis tempatan. Selamat malam.




Sunday 15 July 2012

Video Novel Kembali Padamu



Buah tangan buat semua yang meminati novel nukilan Hanis....KEMBALI PADAMU. Jika ada yang belum memilikinya dapatkan di kedai buku MPH, Popular ataupun kedai-kedai buku berhampiran anda. Juga naskah ini boleh dibeli secara online dengan melayari laman mall.karangkraf.com . Terima kasih buat semua.....
Ini adalah buah tangan Hanis yang kedua. Novel yang boleh dikatakan agak santai. Ianya berkisar tentang seorang wanita yang pada mulanya tidak mampu untuk menerima kehadiran seorang suami. Namun kerana kasih pada papa membuatkan dia rela menjadi seorang isteri pada seorang lelaki yang tidak dicintai. Akan lahirkah rasa cinta antara mereka?. Jangan lupa untuk mendapatkan novel KEMBALI PADAMU untuk mengetahui kesudahannya.


Tuesday 10 July 2012

Hari pertama jadi babysitter...

Assalamualaikum,

Hari ini Hanis bercuti dan juga hari esok. sebab apa Hanis cuti?....Ha, jawapannya adalah kerana Hanis jadi babysitter. adik Hanis kena pergi kursus dan suaminya kerja shif malam pulak minggu ni. So tak nak bagi mama Hanis terlalu penat menjaga cucunya, Hanis pun ambil cuti untuk menjaga 2 org anak buah Hanis yang sememangnya terlalu aktif...hehehehe

Tapi yang kelakarnya Haris setiap kali tengok kartun masked rider ataupun transformer asyik suruh Hanis belikan mainan yang dipamerkan dalam  youtube..banyaklah duit nyah ko ni Haris.....hehehe

Yang adiknya pulak asyik dengan kartun bola kampung. Tak pernah jemu tengok cerita yang berulangkali. Itulah gelagat anak-anak buah Hanis yang mencuit hati...selamat malam.


Sunday 8 July 2012

Walaupun seteguk air, sahur pelihara kesihatan

Assalamualaikum,

Memandangkan beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan puasa atau dengan nama lain bulan Ramadhan, Hanis ada teringat artikal yang pernah Hanis baca beberapa tahun lepas. Disini Hanis lampiran artikal itu untuk bacaan semua. 



Walaupun seteguk air, sahur pelihara kesihatan

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: ?Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.? Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ?Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.? (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.


Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : ?Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.?

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: ?Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.? (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: ?Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.?

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: ?Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).
Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

Pesta Floria 2012 Putrajaya

Assalamualaikum,

Hari ni Hanis temankan abah ke Pesta Floria 2012 Putrajaya. MasyaALLAH ramainya manusia kat sana. Ingatkan pergi hari akhir orang tak ramai. Tapi anggapan ku meleset semuanya....hehehe...bawah ni Hanis add beberapa photo utk tatapan termasuk photo abah yang leka bebenor memilih pokok orkid kesukaannya.

Cantik tak bunga ni?.....




Pelbagai jenis orkid...hummm..cantik sangat...



Abah tengah memilik pokok orkid pilihannya.

Semakin leka memilih...hehehe




Saturday 7 July 2012

Assalamualaikum,
Alhamdulillah wujud jua laman blog ni. Apa kata kita mulakan cerita baru dilaman yang nan baru ini. Hanis akan coretkan apa jua yang terlintas difikiran ini insyaALLAH untuk saban hari.

Hari ini Hanis meluangkan masa ke Pesta buku Selangor di SACC. Sambutan orang ramai alhamdulillah. Jua diharapkan ada pengunjung yang membeli naskah novel Kembali Padamu nukilan Hanis. :).... Jalan ceritanya ringkas dan tidak terlalu berat. Amat sesuai untuk bacaan santai.

Hanis stop disini dulu untuk hari ini. Esok insyaALLAH kita bertemu lagi. Selamat malam teman.....